Thursday, November 9, 2017

Resepi Kek Batik Guna Biskut Jejari. Cantik ‘Kejadiannya’!


“Ingat jamuan akhir tahun di pejabat nanti nak bawa kek batik homemade. Senang tapi sedap. Tapi, kalau boleh nak buat yang lain daripada lain. Ada idea tak?”

Kek batik memang tak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Ia antara kudapan yang paling mudah untuk dibuat. Tak perlu ada alatan khusus seperti blender atau mixer. Semuanya yang ada di rumah saja. Rasanya pula penuh coklat, lemak dan lazat.
Bagi yang inginkan sedikit kelainan, bolehlah mencuba resepi daripada Puan Zaimah Zakaria ini. Memang unik dan cantik kejadiannya kerana ia diolah menggunakan biskut jejari yang disusun rapi.


Berikut adalah resepi beliau selengkapnya.


Resepi Kek Batik Guna Biskut Jejari. Cantik ‘Kejadiannya’!

Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak berbeza dengan bahan untuk membuat kek batik biasa. Cuma, biskut Marie atau biskut keping ditukarkan dengan biskut jejari.

Bahan-bahan
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 2 cawan milo
  • 1 ketul butter (250 gm)
  • 2 bungkus biskut jejari
Cara-cara:

1. Cairkan Butter
Pertama sekali, cairkan butter di dalam periuk.

2. Masukkan Susu Pekat & Milo
Bila dah cair, masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Kacau sebati. Seterusnya, masukkan pula 2 cawan Milo. Adunan ini akan dilapis-lapiskan pada biskut nanti.

3. Susun Biskut
Sekarang, masa untuk menyediakan acuan. Mula-mula, lapikkan plastik pada loyang. Kemudian, susun biskut selapis demi selapis. Ambil lebih kurang 1 senduk coklat dan lapiskan di antara lapisan biskut tersebut.

4. Bubuh Topping
Bila dah siap lapisan paling atas, taburkan apa-apa topping yang anda suka. Saya gunakan almond nib. Kalau nak tabur lain-lain pun boleh, badam cincang, parutan keju, nestum, atau apa saja mengikut kreativiti.

5. Sejukkan 
Akhir sekali, sejukkan selama lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.


Siap!

Beginilah hasilnya apabila disusun dengan biskut jejari tadi. Memang cantik kejadiannya dan lain daripada yang kita biasa tengok.

Bagi yang tertanya-tanya macam mana rupa biskut jejari, boleh rujuk pada gambar di atas, (ada 2-4 batang yang disusun dalam pinggan bersama potongan kek batik.) Biskut jejari ini boleh dibeli secara timbang di kedai runcit atau ada juga yang dah siap dalam paket di pasaraya.

Mudah, bukan? Siapa yang dah cuba, bolehlah share hasilnya di ruangan komen.


Selamat mencuba!

Tuesday, September 13, 2016

Jangan Sampai Bercerai Kerana Pokemon Go


PERCERAIAN akibat keretakkan yang berlaku dalam rumahtangga bukan suatu yang kita jangkakan. Semua pasangan yang berkahwin mahukan bahagia kekal bersama hingga ke akhirnya, bagaimanapun siapa sangka perkahwinan yang dibina boleh goyah berantakan kerana sebab-sebab remeh.

Julai lalu, The Huffington Post melaporkan kira-kira 16 pasangan hampir bercerai dan terpaksa mendapatkan khidmat kaunselor sejak aplikasi Pokemon Go dilancarkan. Meskipun aplikasi tersebut dikatakan boleh menyatu dan merapatkan setiap perhubungan, bagaimanapun keburukannya perlu diambil kira oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin.

Memetik luahan hati seorang isteri menerusi akaun mikro Twitternya, Risa Dexter, perkahwinannya kini musnah apabila dia dan suaminya tidak lagi sefahaman dek kerana aplikasi tersebut. “Terima kasih Nintendo (syarikat pereka aplikasi Pokemon Go). Saya tidak akan jumpa suami saya lagi selepas ini,” katanya.

Trevor Woods, seorang lagi pengguna media sosial yang sama mengakui aplikasi tersebut telah memberi kesan kepada perkahwinannya. Woods juga turut memuat naik paparan skrin perbualan antara dia dan isterinya yang menunggunya bersama makan malam yang telah tersedia. Woods pada masa itu dipercayai sedang leka menggunakan aplikasi tersebut. “Pokemon Go telah memberi kesan kepada rumah tangga saya,” katanya ringkas.

Sementara itu, pengguna Twitter, Jake Plunter turut berpandangan sama terhadap aplikasi tersebut. Katanya, dia kini sedang mempertimbangkan untuk mengakhiri perkahwinannya kerana isterinya terlalu obses dengan permainan tersebut. “Isteri saya terlalu leka dengan Pokemon Go dan saya pula (sekarang) terlalu inginkan perceraian,” katanya seperti yang dipetik menerusi Twitternya.

Setiap individu harus bijak membahagikan masanya supaya tidak terleka dengan perkara lalai. Perlu diingatkan yang setiap pasangan yang sudah berkahwin harus memberikan perhatian kepada keluarga dan rumahtangga yang dibina. - SH

Saturday, September 10, 2016

Resepi Teh Kurus Cepat Dan Selamat

Resepi Teh Kurus Cepat Dan Selamat
.
.
SILAKAN SHARE DAN TAG KAWAN/SEDARA
-------------------------------------------------------------

1. Bahan- bahan.
-green tea
-lemon
-halia

*Bahan tambahan-bekas air,pisau dgn papan pemotong...


2. Sediakan kettle aik pakei nanak/ masaknyey kelak.
3. Engkah bahan-bahan yang dah dipotong dalam kettle, baru tambah aik okey...

*Sebelum engkah tea yo... Wajib potong label tea ya okey... Potong separuh dari tali yo...


4. Dah mendidih, bolehlah engkah dalam cangkir/gelas. Terpulang maok minum panas\sejuk...

*Admin TKKA buat banyak-banyak simpan dlm peti ais/sejuk hihihi...
*Minum 2 kali sehari, pagi sebelum sarapan dan sebelah malam sebelum tido.. Nak minum banyak kali pon sikpo... Boleh ajak!!!

Selamat mencubo!!! 😍

Jangan lupak SHARE...

Kredit kepada empunya resepi asal