Wednesday, September 9, 2015

NOSTALGIA PERAUK TAMBANG SARAWAK

Assalamualaikum... Admin nak belanja sikit pasal nostalgia perauk tambang kita di Sarawak oww...

Perahu tambang, atau dikenali oleh penduduk Kuching sebagai 'perauk tambang' merupakan nostalgia sejarah lama Kuching yang menjadi pengangkutan utama sejak sekian lama. Ketika Briged PGA PDRM yang kini menjadi tapak kepada bangunan gah Dewan Undangan Negeri (DUN Sarawak) yang baharu, perauk tambang merupakan nadi kepada penduduk Briged PGA.

Dahulu, dengan tambang 30 sen satu hala perjalanan, tambang perauk  tambang kinektok meningkat menjadi 50 sen, hanya beza 20 sen untuk dijadikan alat pengukur kepada jasa pak tambang dan keunikan gondola versi Sarawak yang sik ada di siney-siney tempat di Malaysia.

Dikatakan pada tahun-tahun yang seterusnya, Kuching Waterfront dan DUN akan dihubungkan dengan sigek jambatan sebagai jalan perhubungan yang lebih kondusif dan moden. Kinektok, perauk tambang bukan ajak didiat  sebagai pengangkutan awam tetapi juak menjadi kenderaan paling murah dan bernostalgia bagi pelancong dalam dan luar negara menikmati Sungey  Sarawak dan Tebingan Kuching yang dilimpahi cahaya neon yang mengasyikkan pada waktu malam.

Bukan ya ajak, perauk tambang sudah lamak berkhidmat sebagai agen pengiklanan menerusi gambar produk seperti Sunsilk pada atap perahu. Sebenarnya, ia agak efektif dan menarik perhatian. Cuma, apa yang dibimbangkan ialah keperluan dan khidmat pak tambang, sama ada sidaknya diperlukan atau budaya yang berusia beratus-ratus tahun tok terhapus giya ajak.

Bagi Admin Tok Kelakar Kita Ajak, sik kira apapun jenis jambatan yang maok pihak berwajib polah, diharap agar khidmat perauk tambang tok kekal sebagai subjek pelancongan di bawah tanggungjawab pihak yang berkenaan. Semoga warisan lamak perauk tambang tok terus dijaga sebagai nostalgia rakyat Sarawak.

Admin Tok Kelakar Kita Ajak maok belanja sigek lagu debah tok ngan kitak orang k exspecially ngan Pak Tambang yang kamek kagumi 'RESPECT'...Selamat mendengar dan menghayatinya.. Jom lagu sama2 juh...u...uuu...uuu...Ohaaaaaa...


Lirik Lagu Rakyat Sarawak (Oh Pak Tambang)

Meluncur perahu tambangan sayang,
Menuju tepi seberang,
Putih, kuning, perang,
Berkilauan warna bergerak,
Itu penambang negeri Sarawak
Bar mengebar, bor  mengebor,
Bar mengebor bunyinya dayung,
Rok mengerok rak mengerak,
Bunyi perahu menyusur ombak,
Sungai Sarawak penuh keliaran perahu tambang (ya sayang),
Hilir mudik mansang berlawan,
Menyusur arus bawa penumpang,
Bar mengebar, bor  mengebor,
Bar mengebor bunyinya dayung,

Rok mengerok rak mengerak,
Bunyi perahu menyusur ombak,

Kayuh pak tambang rempuh angin, air berpusing (ya sayang)
Singgah di Koteng memunggah jering,
Menyusur siring  terus ke Pending,

Bar mengebar, bor  mengebor,
Bar mengebor bunyinya dayung,
Rok mengerok rak mengerak,
Bunyi perahu menyusur ombak,

Kampung ya Boyan, Kampung Gersik Kampung Semarang (ya sayang),
Surabaya, Panglima Seman,
Di Tupong Ulu Sinjan ke Kampung Lintang,
Bersesar orang di Kalan Apong, di Kalan Panjang,
Berkejar-kejaran orang ke pasar Kalan Cik Omar,
Mudik ke ulu menuju Pengkalan Batu,
Singgah di Ceko di Pasar Minggu,
Oh Pak Tambang~ 
Oh Pak Tambang~ 
Bawa penumpang sepanjang malam,

Bar mengebar, bor  mengebor,
Bar mengebor bunyinya dayung,
Rok mengerok rak mengerak,
Bunyi perahu menyusur ombak.
Maklumat lagu:
  • Koteng merupakan kawasan kubur keramat terletak di Tupong. Pernah menjadi tempat memohon hajat. Tetapi ia tidak dipuja lagi.
  • Pending, Boyan, Gersik, Semarang, Surabaya, Panglima Seman, Tupong Ulu, Sinjan, dan Lintang merupakan nama tempat/kampung.
  • Kalan merupakan singkatan daripada perkataan pangkalan atau pengkalan.
  • Ceko, tempat menjual barang basah dan sayur-sayuran kini sudah tidak wujud lagi.
  • Kalan Cik Omar merupakan nama asal bagi Pangkalan Boyan. 
Jangan lupak joins group TOK KELAKAR KITA AJAK di facebook juak k...

No comments:

Post a Comment